Posts

WATAK UTAMA- NOVEL AWANGAN HITAM 1

Ezi / Jiji Nama Penuh: Nur Izz Julia Binti Yusri Tarikh Lahir: 15 Disember 1999 Tempat Lahir: Hospital Sultan Ismail Perwatakan: Manja, cantik, dan sering dibuli oleh geng Syamil. Jiji adalah seorang pelajar cemerlang dalam kursus Diploma in Business Administration di UITM Seri Alam. Meskipun manja, dia menghadapi banyak cabaran dalam kehidupannya. Keluarga: Anak kepada Encik Yusri dan Puan Rabiatul. Mempunyai seorang abang, Jadul Aiman. Zakwan Nama Penuh: Ahmad Zakwan Bin Zamri Tarikh Lahir: 10 Februari 1998 Tempat Lahir: Hospital Sultanah Aminah Perwatakan: Talam dua muka, iri hati, dan obses dengan Jiji. Zakwan adalah jiran Jiji dan pelajar di UITM Seri Alam dalam bidang Sains dan Matematik. Hubungan dengan Jiji: Teman lelaki Jiji, tetapi sikapnya sering mencetuskan konflik. Jadul Aiman / Abang Jad Nama Penuh: Muhd Jadul Aiman Bin Yusri Tarikh Lahir: 4 Jun 1995 Tempat Lahir: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Perwatakan: Tenang, suka membantu, dan sukar untuk menena

Awangan Hitam 1 - Sinopsis (Penerbit: Nurul Izzati Iwani Binti Rohaizad)

Image
Kisah ini mengisahkan seorang pelajar bernama Jiji yang menghidapi penyakit Borderline Personality Disorder (BPD). Satu kejadian tragis telah menimpa Jiji, memberikan impak yang sangat besar pada kehidupannya. Di sebalik tragedi itu, dia dituduh melakukan pembunuhan, sehingga keluarganya tidak lagi menerimanya. "Daddy, mummy, maafkan Jiji. Jiji tak ada niat nak memalukan keluarga, dan Jiji tak buat benda terkutuk itu. Itu semua fitnah, tolong percaya pada Jiji, mummy, daddy." "Aku tak ingin ada anak yang menjatuhkan maruah keturunan aku," kata Encik Yusri. "Disebabkan kau, abang kau terlibat kemalangan, dan keadaannya semakin kritikal," kata Puan Rabiatul. "Aku nak kau keluar dari rumah ini bermula pada malam ini. Jangan kau pernah jejak rumah ini lagi," kata Encik Yusri. Dunia Jiji yang dulunya ceria kini menjadi awan yang mendung. Di Bilik Siasatan, "Inspektor Firdaus, bukan saya yang membunuh suami sekeluarga saya serta rakan-rakannya,&qu